Wednesday 24 September 2014

Kehadiranmu membawa seribu erti 20/06/2014

Syukur puteri kami telah selamat dilahirkan pada 20 Jun 2014 hari Jumaat penghulu segala hari pada jam 4.28 petang dengan berat 2.7kg di Hospital Melaka. Diberi nama Nur Hazirah Binti Mohd Wafi yang bermaksud cahaya, pilihan yang terbaik. Dan secara officially status fiza dah bertukar jadi "mama" dan suami pula jadi "ayah". Sekarang zira dah pun 3 bulan lebih (96 hari). Semakin hari semakin bijak anak mama ni. Semakin manja dan comel sangat-sangat. Tiap hari hati tak tahan menanggung rindu. Lagi-lagi bila time kerja. Asyik teringat kat dia je..tengok picture dia kat henpon sengih sorang-sorang. Issshhhh...jangan orang kate fiza ni gila sudah..hihi..

Sekarang ni zira dijaga oleh pengasuh yang dulunye pernah menjaga anak sepupu suami. Tengok keadaan zira sekarang ni, Alhamdulillah zira cukup serasi dengan pengasuh dia. Belum pernah lagi meragam setakat ni. Dah pandai diagah, asyik ajak borak je tengah-tengah malam. Harap sangat Allah berikan pengasuh zira kesabaran yang lebih dan kasih sayang yang melimpah ruah pada zira. InsyaAllah..
 
 
Gambar-gambar masa zira kurang dari 7 hari
1st day ~ masih di hospital
2nd day ~ di kampung fiza

lain raut wajah zira time ni

nyenyak sangat tido ha

panjang ok rambut zira masa lahir

seisi mencukur rambut ~ ayah fiza yang cukurkan



Selepas cukur rambut, ini la rupanya zira.. dah botak anak mama ni ha.. tapi kejap je dah panjang semula.. ehehehe


ok..tido je tak kesah orang sekeliling pon

ni zira dah pandai senyum ~ pipi shentol!


zira with ayah


zira with mama


3 bulan ~ dah pandai tengok tv 


•✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿•

Rezeki kami suami isteri

Moment indah setiap pasangan suami isteri adalah dengan kehadiran si comel pengikat kasih sayang hingga ke syurga. Bagitu juga dengan kami, setelah 9 bulan kami bergelar suami isteri, kami diberi peluang dan rezeki untuk merasai hidup berkeluarga yang lebih sempurna.
 
Sepanjang kami berkahwin dari bulan Januari, fiza terpaksa berjauhan dengan suami kerana berkhidmat di Putrajaya manakala suami masih di Melaka. Sehinggalah selepas raya (bulan Ogos) suami membuat keputusan untuk ikut pindah ke Putrajaya. Semua sebab gara-gara suami tak sanggup tengok wife dia ni berulang alik Melaka-Putrajaya tiap-tiap minggu.
 
Al-kesahnya sebaik sahaja suami ikut pindah ke Putrajaya pada September, kami dikejutkan dengan kehamilanku.. Alhamdulillah rezeki kate orang. Bermula dari hari itu, suami memulakan rutin hantar dan ambil fiza pergi balik kerja bagi memastikan fiza dan baby dalam kandungan selamat.
 
Sikit kenangan yang dapat dikongsi bersama. Muka dan badan mula mengembang time ni tapi still comel ok..hihi
 
4 month preggy ~ wedding cousin husband ~ pasir gudang, johor


7 month preggy ~ gathering officemate ~ Padi House Putrajaya

7 month preggy ~ wedding cousin husband again ~ dewan UTM kuala lumpur


35 week preggy ~ kenduri pak ngah ~ belah husband ~ Pahang ~ family in law
 
 •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿•
 
 

1st Anniversary + Birthday Fiza & Birthday Suami

3 dalam 1 sambutan sekaligus. Senang kan? Tapi just kami bertiga je sambut. Bertiga? Nape bertiga pulak kn? hihihi...sebab time ni fiza dah pregnant 4 bulan. Hmm..senang sambut sekali je kn.. Yela..mane taknye, semua tarikh keramat jatuh pada bulan Januari. Malahan tarikh tunang pun bulan Januari jugak. Cer tengok ni..
 
Tarikh nikah      : 18 Januari
Birthday fiza      : 21 Januari
Birthday suami  : 13 Januari
Tarikh tunang    : 01 Januari

Tapi sambutan ni simple je..dengan kek..makan sikit-sikit..cukupla untuk kali ini.





Kek chocolate indulgence

Donashi by big apple donuts


•✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿•

1st Raya Sebagai Isteri Orang

1st time raya diperantauan amat menyiksakan jiwa.. Cehhh..bukan main lagi menyiksakan tu kn? Jangan salah anggap ye.. memang fiza beraya buat pertama kalinya jauh dari keluarga (tak jauh mane pon..Melaka je) tapi tetap yang teristimewa dan meninggalkan kesan sebabnye 1st time jugak sambut raya dengan suami di rumah mertua fiza.. Situasi baru untuk fiza yang baru bergelar isteri beraya di rumah mertua.. Best sebab banyak ambil gambar dengan keluarga mertua. Kalau la dekat kampung ni memang tak sempat nk amek gambar bagai ni sebab sibuk yang teramat.
 
Inilah gambar raya pertama fiza bersama keluarga mertua.. Sweet kn? hihi
 




adik beradik lelaki suami serta ibu abah mertua


adik beradik suami


•✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿•


 

Trip Umrah May 2013

Sekali lagi fiza panjatkan kesyukuran kerana Allah berikan fiza peluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bersama suami tercinta dan mak serta makcik tersayang. First time untuk fiza menunaikan ibadah umrah. Suami pula dah kali kedua dia menjejakkan kaki ke sana. Sebelum ni pada cuti sekolah bulan Mac 2013.
 
Sesungguhnya sukar untuk diucap dengan kata-kata betapa indahnya kota suci Mekah dan Madinah. Jika diberikan peluang ingin sekali diri ini pergi lagi ke sana bersama suami dan seluruh keluarga.. InsyaAllah..sama-sama doakan fiza ye.. Sedikit gambar yang menjadi kenangan, bekalan diri ini.
 
mak (telekung sulam purple) dan makcik di hadapan kaabah

mak di hadapan kubah hijau (makam Rasulullah di Masjid Nabawi)

Pintu Multazam dibuka masa fiza sedang tawaf umrah (berseorangan sebab mak temankan makcik yang tak sihat)

permulaan saie (di bukit safa)


visa umrah kami suami isteri

dalam flight ontheway ke Madinah (business class tu) hihi


bersama suami di ladang kurma Madinah

•✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿•
 

Majlis Resepsi Belah Lelaki 09/02/2013

Majlis resepsi belah lelaki pula telah diadakan pada 9/2/2013 di Restoran Melayu Melaka.. Majlis yang penuh dengan kesederhanaan tetapi meriah! Outdoor pon kat situ jugak memandangkan view memang dah cantik..
 
Tema pulak kali ni kaler turquoise..sangat cantik ok kaler tu..
 




 
 

•✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿•

Majlis Persandingan Pihak Perempuan 19/1/2013

Selepas majlis pernikahan dan berinai pada malam sebelumnya, majlis persandingan dari pihak fiza pula berlangsung pada keesokan harinya iaitu Sabtu 19/1/2013..
 
Majlis berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan..
 
Belah petangnya pula sempat kami shoot outdoor. Tapi tak jauh..just dekat kawasan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Parit Raja, Batu Pahat sahaja. Agak pening juga pada awalnya nak outdoor kat mane memandangkan semasa majlis pertunangan lepas (1/1/2012) kami dah buat outdoor di pantai.. So kali ni takkan nak buat kt pantai lg kn? So cantik jugak hasilnye.. hihi.. Meh la tengok picture apa yang ade ni k..
 
 
banner kami
 
 






 
   
•✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿•