Friday 25 May 2012

Checklist..checklist....

Dah start kene pikir ker???? malasnyer...malasnyer...tp still gak kene pikir & prepare.....



6-10 Bulan


* Tentukan hari perkahwinan (belum book lagi, masih memikirkan tarikh yg sesuai)
* Tentukan jenis perkahwinan yang diinginkan. (saye suke yg simple2 tp cantik)
* Semak dengan Jabatan Agama Negeri berkenaan perkahwinan dan ikut peraturannya. - Penting untuk kes wali hakim, poligami, nikah bawah umur dan anak tidak sah taraf. (still tak prepare pape pon lg..)
* Berbincang dengan bakal isteri/suami mengenai perbelanjaan dan libatkan juga keluarga kedua-dua pihak. (kire budget hari2 & masih dok simpan duet jer tp dah cukup untuk dua2 majlis & honeymoon...just nk simpan utk pindah umah jer)
* Tentukan tempat kenduri dilangsungkan. Buat tempahan awal terutama bagi majlis di dewan atau hotel. (saye: wat kt umah, dia: x sure lg)
* Dapatkan juga pelan untuk ke lokasi majlis (saye: dah ade dah coz just ikut plan majlis2 sblum ni jer... dia: kene google dulu)
* Hubungi Pengurus Katering untuk berbincang tentang pakej perkahwinan yang disediakan. Buat tempahan awal untuk mengelak kekecewaan (parents yg settlekn..hehe)
* Pilih pengapit-pengapit anda (saye: my lovely niece! dia: his bff)
* Berjumpa dengan jurugambar untuk berbincang tentang budget dan pilihan (dah settle tp masih dlm proses tawar-menawar.. :D)
* Start prepare guddies (diam2 mak dah mula buat kt kg...hehe..tq mak!)
* Pilih butik andaman (dah booking-choose mak andam time tunang hrtu jer coz sgt2 berpuas hati)
* Pilih baju nikah, baju kahwin dan baju sebelah bakal isteri/suami (saye & dia = utk baju nikah: da survey design tp x  hantar kt tailor lg, baju sanding belah dia & saye: tgh berangan -x decide lg)
* Pilih baju untuk pengapit (kene ikut tema la... hehe)
* Tentukan bilangan tetamu dan buat senarai (saye: mgkin 800-1000pax mcm majlis abg4 yg lepas; dia: lebih kurang kot coz x dpt nk budget sbb dia anak sulung)
* Tentukan dimana anda berdua akan tinggal selepas berkahwin. Jika akan berpindah ke rumah baru, rancang peralatan dan perhiasan rumah baru supaya ianya siap pada masanya. (dah sure kene pindah dr putrajaya-MELAKA sbb dia dah tetap kt situ jer...perabot n peralatan semua kene start beli n prepare bile saye dah dpt transfer)
* Sediakan satu folder untuk meletakkan borang, brochure, salinan fotokopi maklumat peribadi dan maklumat perkahwinan anda (Ok.. Nanti kene buat folder)
* Sediakan dokumen ini:
o Salinan Kad Pengenalan (min 10)
o Salinan Surat Beranak (min 3)
o Salinan Surat Nikah Ibubapa (min 3)
o Gambar bersongkok/bertudung saiz pasport (min 5)
o Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan (min 3)
o Surat Perakuan Bujang dari majikan


4-6 Bulan


*Poskan kad jemputan dan hebahkan kepada kawan dan sanak saudara (dah dpt cari vendor utk kad kahwin. Mgkin 1 bln sblm majlis baru nk edar2)
*Aturkan masa untuk fitting baju kahwin anda dan aksesori (kene wat appointment ngn butik andaman..slalunye 1 week b4)
*Siapkan bilik atau rumah pengantin (kene beli furniture utk bilik dulu coz bilik baru renovate)


3-6 Bulan

*Hadiri kursus Pra Perkahwinan
(bulan 8 nanti baru nk pergi)
*Dapatkan kebenaran perkahwinan dari Jabatan Agama Negeri (buat kt kg jer)
*Jumpa dengan Imam Jurunikah dan buat tempahan untuk majlis pernikahan (sgt berharap ayah utk nikahkan kami)
*Dapatkan kebenaran jika ingin melangsungkan pernikahan di masjid (lebih prefer wat kt umah je kot)
*Buat rancangan/tempahan untuk berbulan madu (dalam negeri jer..tp nk make sure cuti lame skit :D)
*Buat tempahan hotel bagi sanak saudara yang datang dari jauh (smua sedara blh tido kt umah jer..muat lg umah tu..hehe)
*Pilih cincin perkahwinan (nanti dah dekat2 tarikh baru g cari)
*Jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV. Dapatkan borang ujian HIV di Jabatan Agama Negeri (Akan dapatkan pemeriksaan kat Hospital Melaka)
*Bantu keluarga anda mendapatkan baju yang sesuai dengan tema perkahwinan anda (Just suggestkn diorg pakai ikut tema jer)
*Jika imunisasi diperlukan bagi bulan madu di luar negara, aturkan. (no need)
*Tentukan aturcara majlis (kene plan dgn family & butik andaman)
*Dapatkan seorang master-of-ceremony dan wakil keluarga pengantin (ayah kot yg settlekn,lgpon da byk pengalaman)
*Tentukan warna baju, bunga, kek dan lain-lain. (tema: perlu sentuhan purple,kombinasi kaler pon xpe..yg penting cantik)


2-4 Bulan


*Jadualkan temu janji dengan pendandan rambut dan mak andam (tak boleh lambat)
*Datang ke hotel/dewan dan semak maklumat terperinci dengan pengurus catering (tak perlu,ayah settlekn)
*Pastikan anda telah mempunyai pakaian 'istimewa' untuk bulan madu (err....akan difikirkan)


7 Hari


*Semak terperinci pelamin & jurugambar (tkt tibe2 nk tukar design pelamin & kene bagi map kt jurugambar)
*'Confirmkan' bulan madu anda dan mula berkemas (g tak jauh pon...mgkin blh kemas sikit2 jer)
*Siapkan guddies. (kene settle cepat)
*Pastikan tetamu anda tahu bagaimana untuk ke majlis anda. Letak papan tanda di tempat yang mudah dilihat. (kene wat signboard byk2)
*Hubungi tetamu/saudara yang menginap di hotel tempahan mereka. (no need)


1 Hari


*Berjumpa dengan sanak saudara anda yang datang dari jauh, dan pastikan mereka mempunyai tempat bermalam (time ni mesti dah ade sdara yg dtg n dah boleh sediakan space utk mereka bermalam)
*Kemaskan semua barang yang anda perlu bawa ke tempat perkahwinan (tak perlu coz wat kt umah jer)
*Sediakan semua aksesori perkahwinan, barang kemas, pakaian, pin, ubat dan barangan kecemasan. (mak andam sediakan)
*Bawa pakaian anda sehari sebelum majlis ke hotel/rumah pengantin. (kene ingatkan mak andam)


Hari Majlis


*Jumpa mak andam anda untuk solekan. (mak andam kene datang 2 jam sebelum majlis la kan)
*Makan sarapan supaya anda tidak kelaparan dan gelisah (breakfast sekadar alas perot.. nt sakit perot susah pulak & minum air dulu tkt nanti haus dah susah nk minum)
*Bertenang, banyak senyum dan ucap terima kasih kepada mereka yang membantu anda hehehehe


Selepas Majlis


*Kemas pakaian anda, pastikan tiada yang hilang terutama jika yang disewa
*Hantarkan makanan & guddies kepada tetamu yang tidak dapat hadir
*Kemaskan hadiah yang diterima dan pastikan terdapat seseorang yang bertanggungjawab
*Walaupun penat, pastikan anda tidak stress dan nikmatilah hari istimewa anda.

•✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿•

No comments:

Post a Comment