Monday 28 May 2012

Rawatan Akar Gigi....


Dah 3 hari sakit...tp mlm sabtu (25 mei) hrtu smpai bengkak kt area mulut & pipi bhgn kanan...mlm tu jgn cerite la...mmg sakit sgt smpai tido pon x boleh...nk mkn pon x berani,just mkn bubur n air soya jer utk cover perut lapar...pastu pagi sabtu (26 mei) tu saye kuatkan diri pegi Klinik Pergigian Persona (klinik melayu yg saye selesa dgn servis diorg)....sampai kt klinik,saye dimaklumkan yg dktor cume sorg jer & bkn owner klinik tu (owner klinik gigi tu husband-wife) coz dktor2 tu g seminar kt sarawak....so nk x nk terpakse la juga tunggu n sabar...lame gak la tunggu smpai 1 jam pastu baru turn saye....doktor dah check & mention tampalan tu dah lame sgt (time sekolah rendah) so tak boleh nak wat tampalan biasa...

dktor bgtau kene buat rawatan akar gigi yg saye mmg dah sedia maklum ttg rawatan akar gigi ni coz bff saye sbelum ni pernah buat & saye tgk segala prosedur yg dibuat pd gigi dia (time dia wat rawatan tu smua housemate 5 org masuk dlm bilik tu..hehehe)....tapi kat klinik kerajaan tak buat...kalu nak,buat kt klinik gigi swasta...yg kosnya tak kurang dr RM 350 (dulu thn 2006 time bff saye wat tu baru RM 200)...tp saye tak proceed pon lg rawatan akar gigi tu coz tkt x blh nk ikut tarikh appointment dktor & lgpon dktor tu cadangkan saye buat rawatan tu dgn owner klinik coz dktor ni just cover time dktor g seminar & junior dentist (saye pon x yakin sgt dia buat...hehehe)...

last2 saye balik dengan gigi yang masih sakit...just diberi ubat antibiotik & ubat tahan sakit...skrg ni bergantung dgn ubat tu jer..& bengkak tu takkan hilang sampailah rawatan dibuat (kalau ubat habis,confirm sakit smula)...

haihhh...di saat2 saye nk menyimpan & kedekut bab duit2 ni, masalah dtg la plak...mane nk cari kos utk tampung wat rawatan tu?? pening2...tulun...tulun.... 

meh nk kongsi info tentang rawatan akar gigi yg saye paste dr internet...


1. Rawatan akar gigi atau root canal teraphy merupakan rawatan khusus yang dilakukan oleh doktor gigi anda untuk membaik pulih keadaan status gigi agar boleh berfungsi secara normal semula.
Rawatan ini dilakukan di bahagian tisu pulpa gigi dikebuk dan juga dibahagian akar gigi. Ia merupakan rawatan yang spesifik dan khusus agar gigi tersebut dapat digunakan semula atau dengan kata lain tidak dicabut. Biasanya ia dilakukan apabila gigi anda mengalami masalah kesakitan disebabkan oleh keradangan dan infeksi pulpa yang tidak dapat dirawat dengan cara tampalan atau ubat-ubatan.

2. Indikasi rawatan akar gigi biasanya adalah seperti:-
a. Lubang atau karies gigi yang terlalu dalam dan
telah menyebabkan jangkitan atau keradangan pulpa yang tidak berbalik.
b. Gigi yang telah retak dan telah mengalami
simptom kesakitan yang berterusan
c. Didalam setengah setengah kes kosmetik dimana
pulpa gigi dikeluarkan secara pilihan supaya gigi berkenaan dapat diubah suai lebih mudah dan tidak menimbulkan masalah kemudian.
d. Gigi yang tidak vital (yang telah necrosis) dan
berubah warna.


3. Prosedur rawatan
Biasanya gigi anda akan diberi suntikan lokal agar tidak sakit semasa rawatan dijalankan. Doktor gigi anda akan menggunakan alatan khas untuk mendapatkan akses ke dalam kebuk dan kanal akar. Setelah akses diperolehi, kebuk dan kanal akar akan dicuci ( Cleaning and irrigation) serta dibentuk ( shaping) . Rawatan ini biasanya memerlukan lawatan ulangan bergantung kepada jenis gigi dan masalah yang dihadapi.
Akhir sekali , setelah gigi dirawat secara sempurna dan tidak menunjukkkan tanda dan simptom, gigi tersebut akan ditampal dibahagian kebuk dan kanal akar dengan bahan tampalan yang khusus dan dibuat dari getah (gutta-percha). Setelah itu gigi berkenaan akan di tampal dibahagian permukaan secara kekal atau dipasangkan korona disetengah- setengah kes yang perlu.

4. Kos rawatan
Kos berbeza bergantung kepada jenis gigi dan kepayahan rawatan yang dijalankan. Biasanya bermula dari RM350.00 ( Kos ini dah tampalan akhir iaitu tampalan kekal )




•✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿• •✿•

No comments:

Post a Comment